Latest News

Pilih Bekas Isteri, Datuk Hattan Bakal Bernikah Jun ini


Datuk Hattan bakal bernikah Jun ini dan telah memilih bekas isteri pertama, Arianie iaitu ibu kepada anak tunggal mereka bernama Adam Eiman yang kini telah pun berusia 14 tahun.

Menurut Hattan beliau hanya mahu mengadakan majlis kecil-kecilan dan mungkin akan melangsungkan perkahwinan secara bersama dengan adik lelakinya, Achem.
Penyanyi yang popular dengan lagu Memburu Rindu itu turut memberitahu respon sebenar bekas isterinya itu setelah beliau meluahkan hasrat murni untuk mereka kembali hidup bersama.
“Pada mulanya dia (Arianie) tidak mahu kembali bersama namun saya yakinkan kepadanya bahawa saya sudah berubah dan sikap panas baran itu sudah hilang”
“Bila saya melihat wajahnya hati saya menjadi semakin sayang dan mahu memperisterikannya kembali”
Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.