Latest News

Ramalan Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25


Saya gembira membaca senarai akhir pencalonan Festival Filem Malaysia Ke 25. Berikut hanyalah ramalan dari pendapat peribadi saya sahaja dan TIDAK semestinya tepat.
Keputusan akhir dan muktamad akan diketahui di Malam Anugerah FFM25 pada hari Sabtu, 2 Mac 2013 nanti.
FILEM TERBAIK: Bunohan (Apparat Films), Songlap (Grand Brilliance & Red Films), Ombak Rindu (Astro Shaw Sdn. Bhd/Taratella Pictures), Saya Amat Menyintaimu @ SAM (Skop Production Sdn. Bhd.), 29 Februari (KRU Studios Sdn. Bhd.)
NOTA: Nampak gayanya kelima-lima calon mempunyai kekuatan cerita dan penceritaan masing-masing. Ombak Rindu yang menjadi kegilaan peminat dan pecah panggung ialah adaptasi dari novel yang cukup rempah ratusnya sebagai sebuah filem komersial bertih jagung yang sangat popular berbanding 4 lagi pencabarnya.
Manakala 29 Februari ialah filem pertama bikinan Malaysia dalam format 3D yang menjalin cerita fiksyen fantasi muzikal dengan sulaman kronologi sejarah tempatan. SAM pula ialah filem drama cinta dan aksi yang bermain tarik-tali dengan persepsi penonton untuk meneka muslihat dan teka-teki di sepanjang penceritaannya.
Songlap yang mengetengahkan kisah realisme kasar dan gelap dalam dunia jenayah yang berlaku dalam masyarakat ialah sebuah filem yang sangat berisi. Sementara itu, Bunohan ialah sebuah filem yang membikin dunia politiknya sendiri berasaskan perihal perebutan tanah, rahsia mistik dan konflik kekeluargaan sebagai naratifnya.
RAMALAN MENANG: Bunohan (Apparat Films)
PENGARAH TERBAIK: Dain Said (Bunohan), Effende Mazlan & Fariza Azlina Ishak (Songlap), Syafiq Yusof (SAM), Osman Ali (Ombak Rindu), Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!)
NOTA: Dain Said bersaing sengit dengan Effende Mazlan & Fariza Azlina Ishak kerana mereka membikin filem yang menyentuh isu kemasyarakatan dengan pengarahan yang sangat teliti serta berkualiti dari semua segi cerita, penceritaan, lakonan dan nilai produksi. Osman Ali pula bagus mengarahkan filem melodrama cinta yang lebih ‘cantik’ dari novelnya. Namun begitu Saw Teong Hin juga berjaya membikin filem muzikal yang kemas. Pencalonan Syafiq sewajarnya diberikan kredit kerana mampu membikin filem pertama yang boleh diiktiraf dalam usia muda.
RAMALAN MENANG: Dain Said (Bunohan)
PELAKON LELAKI TERBAIK: Faizal Hussein (Bunohan), Pekin Ibrahim (Bunohan), Zahiril Adzim (Bunohan), Shaheizy Sam (SAM), Shaheizy Sam (Songlap)
NOTA: Faizal membuat ‘comeback’ dalam industri filem tempatan dengan bekalan pengalaman yang matang untuk merealisasikan watak Ilham, seorang pembunuh upahan. Pekin sebagai Bakar watak antagonis ala ‘Tok Dalang’ yang berakal licik dan mastermind tetapi kejam tanpa menggunakan kekuatan fizikal. Zahiril pula bukan sekadar ‘poster boy’ untuk Bunohan tetapi berjaya sebagai Adil yang memerlukan kekuatan lakonan dan fizikal sukan tomoi. Shaheizy melalui watak Adam dalam Songlap ialah antara puncak lakonan terbaik beliau setakat ini. Manakala sekali lagi Shaheizy sebagai Sam dalam SAM menyerlahkan bakat lakonan beraneka dalam sebuah filem yang sama.
RAMALAN MENANG: Pekin Ibrahim (Bunohan)
PELAKON WANITA TERBAIK: Maya Karin (Ombak Rindu), Sara Ali (Songlap), Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari), Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko), Farah Nazirah (Hoore! Hoore!)
NOTA: Kelima-lima pencalonan mempunyai kelebihan dan kekuatan lakonan tersendiri tetapi saya merasakan bahawa persaingan sengit 3 penjuru dari sudut perwatakan penuh emosi ialah di antara Maya, Nadiya dan Sara. Namun begitu perwatakan romantik komedi oleh Vanidah serta kali pertama beraksi dalam filem muzikal oleh Farah juga mampu menyakinkan para juri.
RAMALAN MENANG: Maya Karin (Ombak Rindu)
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK: Amerul Affendi (Bunohan), Husyairi Hussain (Bunohan), Bront Palarae (Jiwa Taiko), Syafie Naswip (Songlap), Omar Abdullah (Songlap)
NOTA: Ironinya kelima-lima calon berwatak antagonis seolah-olah penilaian juri akan menyorot siapakah watak ‘penjahat’ yang paling berkesan? Secara peribadi saya melihat persaingan sengit di antara Husyairi dan Omar. Manakala Amerul, Bront dan Syafie masih mempunyai potensi untuk menang seandainya dilihat dari keperluan ‘membantu’ untuk pengembangan cerita dalam filem masing-masing.
RAMALAN MENANG: Husyairi Hussain (Bunohan)
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK: Normah Damanhuri (Songlap), Lisa Surihani (Ombak Rindu), Fauziah Nawi (Hoore! Hoore!), Nabila Huda (Jalan Kembali), Lana Nordin (Chow Kit)
NOTA: Normah dan Lana kelihatan seakan bersaing untuk menang kerana perwatakan mereka sebagai ‘pelacur’. Begitu juga Nabila sebagai ‘bohsia’. Watak-watak kasar dan jijik itu mungkin memberi kredit? Manakala Lisa yang memainkan watak kekasih/isteri yang seakan berpenyakit bipolar juga sangat mencabar. Namun begitu, sekiranya juri mahukan kemenangan kepada perwatakan yang bermoral tinggi dan lakonan yang sederhana tetapi sangat berkesan, maka primadona Fauziah Nawi akan menang.
RAMALAN MENANG: Normah Damanhuri (Songlap)
SINEMATOGRAFI TERBAIK: Haris Hue Abdullah (Songlap), Khalid Zakaria (Ombak Rindu), Mohd Noor Mohd Kassim (Hoore! Hoore!), Mohd Helmi Mohd Yusof (Misteri Jalan Lama), Mohd Noor Mohd Kassim (29 Februari)
RAMALAN MENANG: Haris Hue Abdullah (Songlap)
LAKON LAYAR TERBAIK: Fariza Azlina Ishak (Songlap), Dain Said (Bunohan), Afdlin Shauki (Untuk Tiga Hari), Edry Abdul Halim (29 Februari), Goh Aun Hoe (Seefood)
RAMALAN MENANG: Dain Said (Bunohan)
CERITA ASAL TERBAIK: Dain Said (Bunohan), Fariza Azlina Ishak (Songlap), Namawee, Fred Chong & Vivi Wee (Hantu Gangster), Loh Chung Tat (8 Jam), Afdlin Shauki (Misteri Jalan Lama)
RAMALAN MENANG: Dain Said (Bunohan)
PENYUNTING TERBAIK: Muhamad Hafizan Abd Malek (29 Februari), Wong Hui Lynn (Songlap), AddAudio Ex Sdn. Bhd. (Hoore! Hoore!), Syafiq Yusof (SAM), Ezarisyir Wan Basri (Hantu Kapcai)
RAMALAN MENANG: Syafiq Yusof (SAM)
SKOR MUZIK ASAL TERBAIK: Mendiang Tan Yan Wei (Bunohan), Khairil Ridzuan Annuar (Loque) (Songlap), Edry Abdul Halim (29 Februari), Audi Mok (Hoore! Hoore!), Dr. Syed Ahmad Faizal Al-Attas (Misteri Jalan Lama)
RAMALAN MENANG: Khairil Ridzuan Annuar (Loque) (Songlap)
PENGARAH HARAPAN: Syafiq Yusof (SAM), Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai), Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura), Goh Aun Hoe (Seefood), Teng Bee (Kepong Gangster)
RAMALAN MENANG: Syafiq Yusof (SAM)
PENATAAN SENI TERBAIK: Dain Said (Bunohan), Angie Choo (Songlap), Mazalan Zulkifli (29 Februari), Silver Ant Sdn. Bhd. (Seefood), Nazrul Asraff Mahzan (Misteri Jalan Lama)
RAMALAN MENANG: Dain Said (Bunohan)
PENATAAN BUNYI TERBAIK: Megat Sazali Rohimi (29 Februari), Raja Ahmad Shahidaly (Bunohan), Daniel Tang (Hoore! Hoore!), Zolkefli Mat Tahir (Songlap), Megat Sazali Rohimi (Hantu Kapcai)
RAMALAN MENANG: Raja Ahmad Shahidaly (Bunohan)
LALGU TEMA TERBAIK: Jagalah Diri – Edry Abdul Halim (29 Februari), Idola – Audi Mok/Norazlan Rose (Hoore! Hoore!), Ombak Rindu – Nurzaidi Abdul Rahman (Ombak Rindu), We Are Gangster – Namawee, Reshmonu, Ashtaka & 5Forty2 (Hantu Gangster), Pencinta Terbaik – Edry Abdul Halim (Cinta Kura Kura), 7 Petala Cinta – Dakmie (7 Petala Cinta)
RAMALAN MENANG: Idola – Audi Mok/Norazlan Rose (Hoore! Hoore!)
PELAKON HARAPAN LELAKI: Izzue Islam (29 Februari), Akim Ahmad (Hoore! Hoore!), Hazami Azmi (Apa Celop Toqq), Shahrizal Jaszle (Azura), Iedil Putra (Ngorat)
RAMALAN MENANG: Izzue Islam (29 Februari)
PELAKON HARAPAN WANITA: Farah Nazirah (Hoore! Hoore!), Jojo Goh (29 Februari), Neelofa (Azura), Mon Ryanti (Keramat), Shima Anuar (Sumpahan Keramat)
RAMALAN MENANG: Farah Nazirah (Hoore! Hoore!)
PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK: Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit), Nadzirah Rosi (Chow Kit), Tee Jing Chen (Hantu Gangster), Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari), Afiq Izzudin (Alamak Toyol)
RAMALAN MENANG: Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit)
PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK: Nasirah Ramlan (Misteri Jalan Lama), Hasnan Yaacob (29 Februari), Muhammad Sharelzahadi Koh (Songlap), Mohammad Afizal Mohamed Aris (Chow Kit), Sarah Lee Ann (Hantu Gangster)
RAMALAN MENANG: Sarah Lee Ann (Hantu Gangster)
POSTER TERBAIK: 8 Jam (MIG Pictures Sdn. Bhd), Seefood (Silver Ant Sdn. Bhd.), Cinta Kura Kura (KRU Studios Sdn. Bhd.), Bunohan (Apparat Films), Hantu Air (Multimedia Ent. Sdn. Bhd.)
RAMALAN MENANG: 8 Jam (MIG Pictures Sdn. Bhd)
FILEM BUKAN BAHASA MELAYU TERBAIK: Seefood (Silver Ant Sdn. Bhd.), Kepong Gangster (Mahu Pictures Sdn. Bhd.), Ah Beng The Movie (The Film Engine Sdn. Bhd.), Petaling Street Warriors (Juita Entertainment Sdn. Bhd.), Ghost Buddies (Double Vision Sdn. Bhd.)
RAMALAN MENANG: Seefood (Silver Ant Sdn. Bhd.)
FILEM PENDEK TERBAIK: Strangers (Reservoir Production Sdn. Bhd.), Guang (Reservoir Production Sdn. Bhd.), Sanzaru (Reservoir Production Sdn. Bhd.), Pasport Ekspres (Red Films), Leman (Ahmad Hafiz Abd Rashid/UiTM)
RAMALAN MENANG: Leman (Ahmad Hafiz Abd Rashid/UiTM)
FILEM ANIMASI TERBAIK: The Best Recipe (The One Academy), Tooth (The One Academy), Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib (Elite Animation SB), Ninja VS Pirate (The One Academy), Toi-Toi (The One Academy)
RAMALAN MENANG: (Tiada ramalan kerana penulis belum menonton)


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.