Latest News

Rock Oo Filem Anti Logik Mamat Khalid


Apabila Mamat Khalid muncul dengan filemnya yang terbaru, kami percaya komedi anti logik pasti bukan sesuatu yang asing didalam filemnya. Lihat sahaja Hantu Kak Limah Balik Rumah dan yang terbaru Husin Mon & Jin Pakai Toncet yang dikhabarkan sudah mencecah hampir 5 juta kutipanya.

Hans Isaac
Tidak terhenti disitu, Mamat khalid kini muncul pula dengan filemnya yang terbaru iaitu Rock oo. Sewaktu ditemui semasa sidang media baru baru ini beliau menegaskan filem ini bukan sahaja untuk tontonan mereka yang berjiwa Rock sahaja tetapi sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Ujarnya “Filem yang saya buat ini ditujukan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia, terutamanya kepada mereka yang masih mempunyai jiwa Rock sejak zaman dulu. Dalam filem Rock oo ini juga ada beberapa babak yang mengisahkan penceritaan yang memang benar terjadi pada zaman kebangkitan Rock dulu sehinggalah zaman gelapnya. Babak yang mana tu korang tengok la nanti”
“Lagipun Jika filem kali ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari penonton, besar kemungkinan akan ada sambunganya lagi. Idea pun saya dah ada cuma kita tunggu je ‘respon’ dari penonton macam mana pula.”
Ujar Mamat Khalid lagi tidak banyak beza diantara pembikinan filem Rock oo kali ini dengan yang terdahulu. Cuma kali ini katanya beliau agak bertuah kerana mempunyai barisan pelakon yang sudah dikenali ramai dan diyakini mampu menarik pengunjung ke pawagam. Bagi yang mempunyai jiwa kental sebagai seorang Rocker filem ini adalah sesuatu yang wajar untuk ada saksikanya di pawagam yang sudah pun memulakan tayanganya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.