Latest News

Setakat Ini Saya Tak Benarkan Diri Ini Dirisik – Shila Amzah


Satu langkah yang bijak daripada Shila Amzah. Putus cinta baru-baru ini nampaknya mengajar Shila erti kesabaran. Buat masa ini, Shila enggan memikirkan soal cinta dan enggan merelakan dirinya dirisik oleh sesiapa sahaja.
shila risik

Berkata kepada Berita Harian, nampaknya Shila telah redha dengan apa yang telah menimpa dirinya dalam perhubungan cinta antara dirinya dan Sharnaaz Ahmad. Kata Shila:-
Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula. Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya.
Baguslah kalau begitu. Memang setiap kejadian itu ada hikmahnya. Semoga Shila lebih fokus terhadap kerjaya. Lagipun Shila masih muda. Tak perlu terburu-buru dalam percintaan. Pasti suatu hari nanti Shila akan bertemu jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. Sama-samalah kita doakan.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.