Latest News

Sheera Iskandar Tindik Lidah & Bertunang

Pelakon yang popular menerusi drama ‘Halimah Jongang’ yang disiarkan di Astro Prima suatu ketika dahulu ini agak jarang kami lihat kelibatnya dimana-mana media pada ketika ini.

Sheera Iskandar
Bagaimanapun kesempatan bertemu dengan anak kepada pelakon veteran popular, Aznah Hamid ini kami gunakan sebaiknya, terutamanya berkenaan hal pertunangan dan perkahwinan yang dirancangnya pada tahun ini.
Tidak silap kami tahun lepas Sheera ada mencanangkan kepada peminat tempatan bahawa dia bakal berkahwin pada tahun ini dan kami juga mendapat tahu dari rakan media yang dia kini sudah bertunang pada awal tahun ini. Benarkah?

Sheera Iskandar
“Hah! saya bertunang? bila masa pulak saya bertunang ni. Tapi kalau ada orang datang meminang ada lah. Masalahnya sampai sekarang memang tak ada sesiapa pun datang masuk meminang saya. Pandai- pandai je korang ni.”
“Nak bercakap bila saya akan bertunang pun tak tahu nak cakap macam mana. Tunggu je la nanti. Kalau cepat jodoh tu cepat la.” Katanya yang kami temui di FRIM Kepong.
Perasan kami sewaktu berbual denganya terperasan akan satu objek di atas lidahnya. Telaan kami mungkin itu hanyalah kahak mahupun air liurnya yang terkumpul. Tapi apabila melihat kembali beberapa keping gambar yang diambil pada masa yang sama ternyata ianya adalah satu berbola besi yang ditindik di lidahnya. Patutla malu-malu je nak jawab soalan. Mungkin perkara ini biasa bagi gadis kota sepertinya apatahlagi dia adalah seorang pelakon . Jadi tak salahkan bergaya sebegitu rupa.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.