Latest News

Shila Amzah Hilang, ND Lala Buat Laporan Polis


Sehari sebelum Shila Amzah akan membuat persembahan bersama Psy bersempena Program Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, Berita Harian hari ini melaporkan berita kehilangannya. Menurut laporan tersebut, Shila Amzah telah hilang sejak enam hari yang lalu.
shila amzah hilang

Susulan kehilangan anaknya, ND Lala telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang jam 10 pagi semalam. ND Lala di dalam laporan polis itu memberitahu sepanjang tempoh kehilangan Shila, anaknya hanya menghantar SMS sekali sahaja untuk memaklumkan dia selamat dan berada di satu lokasi untuk menenangkan fikiran.
shila hilang
Namun begitu, ND Lala percaya anaknya masih berada di dalam Malaysia kerana MyKad dan passport Shila Amzah masih berada di dalam simpanannya. Sementara itu, Sharnaaz melahirkan rasa terkejutnya ketika dimaklumkan mengenai hal ini. Apa pun semoga Shila selamat dan akan buat kemunculan seperti yang dijanjikan di Pulau Pinang esok.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.