Latest News

Zed Zaidi Tolak Khabar Angin Bakal Bertanding Dalam PRU13


Setiap kali apabila tiba musim pilihanraya, pasti ada nama-nama artis yang dikhabarkan akan menjadi calon bertanding. Terbaru, khabar angin bertiup kencang menyatakan yang Zed Zaidi akan diletakkan sebagai calon Barisan Nasional di DUN Bukit Antarabangsa, Selangor.
zed zaidi pru13

Tak dinafikan Zed Zaidi memang memiliki bakat kepimpinan yang semakin terserlah semenjak memegang jawatan Presiden SENIMAN. Namun begitu, Zed sendiri telah berkata perkara ini hanyalah ura-ura dalaman parti dan menolak penyebaran khabar angin tersebut.
Saya tidak mahu memberikan penjelasan mengenai perkara ini kerana ia keputusan kepimpinan tertinggi UMNO dan BN. Bagaimanapun, saya ada mendengar perkhabaran ini menerusi rakan minggu lalu. Isu bertanding adalah perkara mudah tetapi menunaikan tanggungjawab adalah sesuatu yang sukar. Jangan buat spekulasi penamaan ini kerana ia perkara sensitif. Sebaliknya terus berbakti kepada negara dan kerajaan.
Abang Nara tak tahu apa relevannya golong artis bertanding untuk pilihanraya. Bukan mudah untuk menjadi wakil rakyat lebih-lebih lagi sekiranya terlalu sibuk dengan kerjaya sebagai seorang artis. Namun kalau Zed Zaidi tercalon, apa salahnya mencuba. Mungkin Zed boleh memberi fokus kepada politik dan melupakan kariernya sebagai pelakon.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.