Latest News

Aeril Zafrel Berlakon Di Samping Sharon Stone

Wow. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah Aeril Zafrel nampak di wajah kacaknya. Kerana wajahnya yang menepati ciri-ciri lelaki Asia yang diinginkan oleh produser, Aeril telah mendapat peluang untuk berlakon watak utama di samping Sharon Stone dan Christina Ricci di dalam sebuah filem Hollywood.
aeril zafrel

Berkata kepada Harian Metro hari ini, Aeril memberitahu yang dia turut terlibat dalam pembikinan muzik video yang akan ditayangkan di dalam saluran MTV sebagai promosi awal filem romantik yang telah menjalani penggambran di London, England. Kata Aeril:-
Kenalan saya itu meminta saya hantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian, pihak produser terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu. Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser.
aeril zafrel
Nampaknya selepas keluar daripada MIG, rezeki Aeril terbuka luas di Hollywood. Memang bertuah sungguh dapat berlakon bersama-sama Sharon Stone dan Christina Ricci. Mereka berdua memang bukan calang-calang pelakon. Pasti banyak pengalaman dan ilmu yang telah ditimba oleh Aeril. Kepada Aeril, teruskan usaha anda dan semoga maju jaya di masa hadapan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.