Latest News

Aksi Di Ranjang Rusdi Ramli Dan Nora Danish Timbulkan Kontroversi

Jarang juga filem tempatan menampilkan aksi di ranjang. Dan biasanya aksi ranjang dalam filem pastinya disusuli kontroversi.
Ini pernah berlaku pada filem Ombak Rindu misalnya, dan filem-filem sebelumnya yang sepertinya. Kontroversi terbaru yang melibatkan aksi ranjang dalam filem ialah melalui filem Mencari Cinta . Dalam treler filem ini, jelas ditampilkan satu senario di mana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora Danish di atas ranjang dengan mesra.
Tidak pasti apa sebenarnya signifikan aksi seperti ini dalam filem Melayu. Mungkin ini satu cara menarik perhatian penonton kepada filem lantas mereka akan menontonnya? Apa pun, Rusdi Ramli awal-awal lagi menyatakan kepada Harian Metro yang dia hanya mengikut tuntutan pengarah untuk menjayakan filem tersebut.
Tidak dinafikan melalui sedikit prebiu melalui treler, lakonan Rusdi dan hot mama Nora nampak realistik, seperti suami isteri yang sebenar lagaknya. Dan memang juga tugas para pelakon untuk membawa dan menghidupkan watak mereka sebaik mungkin.
Filem Mencari Cinta diarahkan oleh Shirin Khuzaimi dan dijangka mulai ditayangkan pada 25 April ini.
Bagi yang masih belum menonton, boleh saksikan treler filem Mencari Cinta di bawah:-

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.