Latest News

Faizal Tahir Bersedia Kehilangan Peminat



Tampil berbeza untuk album terbarunya, Faizal Tahir mengakui dia tidak kisah apabila bakal kehilangan segelintir peminatnya kelak.

“Saya sedia maklum bahawa saya mungkin kehilangan peminat dengan lahirnya album ketiga ini.

“Kalau boleh memang saya berharap dapat mengekalkan peminat sedia ada, tapi apabila kita buat sesuatu yang baru, tidak semua akan gemarkannya,” jelas Faizal yang dipetik dari Gua.com.my, di sini, hari ini.

Menurut Faizal, album ketiganya itu sanggat berisiko tinggi untuk dipasarkan.

Namun, penyanyi ini percaya setiap perkara yang berisiko tinggi pasti mempunyai pulangan yang setimpal.

Untuk makluman, album ketiga Faizal dijangka berada di pasaran sekitar bulan Mac ini.

Antara komposer yang terlibat dalam menjayakan albumnya itu adalah Audi Mok, Omar K dan Mike Chan.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.