Latest News

Fasha Sandha Bakal Lahirkan Bayi Lelaki Awal April Ini


Akhirnya teka-teki tentang jantina dan tarikh kelahiran anak sulung Fasha Sandha hasil perkahwinannya dengan Jejai terjawab jua. Menerusi Harian Metro hari ini, Fasha memberitahu yang dia akan melahirkan seorang bayi lelaki pada awal April ini.
fasha sandha

Ramai yang menghantar email kepada Abang Nara bertanyakan tarikh kelahiran anak sulung Fasha Sandha kerana entri “(EKSLUSIF)Fasha Sandha Bakal Timang Cahaya Mata Februari 2013“. Kemungkinan besar ada kesilapan pengiraan yang telah berlaku. Itu adalah satu perkara biasa. Keterujaan Fasha jelas terserlah di balik kata-katanya:-
Saya tidak sabar menanti kehadiran bayi lelaki kami ini. Insya-Allah jika tiada aral melintang, saya akan melahirkan anak sulung pada penghujung Mac atau awal April depan. Memang kami berdua inginkan anak lelaki kerana dapat menjadi kawan kepada abangnya, Putra Rayqal Ramli (hasil perkahwinan pertama Rizal) yang kini berusia empat tahun. Lagipun kalau lelaki yang sulung, dia boleh menjaga ibu dan adik-beradiknya yang lain.
fasha sandhaSelalunya kalau kehamilan pertama, tarikh kelahiran akan lebih cepat seminggu dua. Wife Abang Nara dulu pun cepat 2 minggu. Abang Nara rasa kemungkinan Fasha pun akan begitu. Apa pun sama-samalah kita doakan agar proses kelahiran kelak akan dipermudahkan buat Fasha dan bayinya.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.