Latest News

Fathia Latiff Tolak Lamaran Kerabat, Tak Gaduh Dengan Marsha


Fuh ~~ Bukan senang untuk menolak lamaran daripada lelaki kerabat. Namun Fathia Latiff mengakui yang dia pernah berbuat sedemikian kerana menganggap lamaran itu sebagai gurauan daripada si jejaka. Kiranya gurau-gurau masuk meminang la tue kot!!!
fathia latiff

Tidaklah pula diketahui kerabat mana yang melamar secara gurauan terhadap Fathia Latiff. Namun Abang Nara memahami kalau benar si jejaka jatuh cinta dengan Fathia. Orangnya memang cantik, muda dan pandai pulak tue. Kira lengkap pakej la. Kata Fathia menerusi Metro Ahad hari ini.
Memang benar saya pernah dilamar lelaki kerabat tetapi ia bukan dilakukan secara formal, hanya cakap dengan saya. Lainlah kalau menghantar rombongan ke rumah. Saya hanya anggap ia sebagai gurauan dan tidak mahu jadi hipokrit. Biar saya tumpukan pada pelajaran dan kerjaya selagi usia masih muda. Lagi pun, saya mahu suami saya orang biasa
fathia latiffAyat last itu pasti membuatkan hati lelaki-lelaki biasa di luar sana melonjak kegembiraan. Masih ada peluang untuk anda mengorat si cantik Fathia ini. Mana tahu ada rezeki kan? Fathia turut sama menafikan yang dia bergaduh dengan Marsha atas dakwaan dirinya mencaras kekasih Marsha.
Mana ada saya dan Marsha bergaduh. Kalau berjumpa dalam mana-mana majlis, kami masih bertegur sapa. Ini cuma salah faham. Gosip kami bergaduh mungkin timbul apabila ada yang menyatakan saya merampas kekasih Marsha. Yang boleh saya katakan, saya tidak pernah merampas kekasih dia atau sesiapa. Saya cuma berkawan.
fathia latiff
Diharap dengan penerangan ini, bolehlah tutup cerita kontroversi antara Fathia, Marsha dan kerabat diraja tersebut. Biarlah Fathia tenang. Lagipun Fathia tahun ini sibuk berlakon di samping menyambung pelajarannya. Semoga Fathia terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.