Latest News

Hanya Artis Yang Tak Ada Otak Kutuk Saya – David Teo


Menarik sungguh tajuk artikel yang dikeluarkan di Mstar Online ini.  Agak kasar ayat yang dikeluarkan oleh David Teo tetapi Abang Nara dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Kata-kata ini diluahkan selepas ada sebilangan kecil artis yang pernah bernaung di bawahnya menyatakan MIG penuh dengan mainan politik.
david teo

Yang terbaru ialah kenyataan Aeril Zafrel yang menyatakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’ segelintir pekerja MIG. Namun bagi David Teo, hanya artis yang tak ada otak sahaja akan mengeluarkan kenyataan sebegitu. Kata David Teo:-
Pada pendapat saya hanya artis yang tidak ada otak yang kutuk saya sedangkan yang ada otak atau dalam erti kata lain yang bijak elok sahaja dengan MIG. Cuba lihat contoh seperti Lisa Surihani, Maya Karin dan Farid Kamil, mereka tidak pernah memberi masalah dan kami juga senang bekerjasama dengan mereka. Artis baru seperti Wawa Zainal, kami juga senang bekerjasama dengannya. Tidak ada pula saya dengar mereka tidak puas hati dengan MIG
david teoAbang Nara pernah berurusan dengan David Teo dan orangnya memang sempoi dan simple. David Teo ternyata kecewa dengan perbuatan sesetengah artis yang keluar daripada MIG dan mengutuk syarikatnya itu.
Sebagai syarikat pengurusan, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga dan menyimpan segala rahsia artis-artis kami. Tetapi sayangnya, mana-mana yang keluar daripada MIG, ada yang mengutuk kami pula. Dan kepada Aeril, tahukah dia banyak rahsianya yang pihak kami simpan? Jika saya buat kenyataan, pasti dia juga yang malu. Malah kontrak dia dan pihak kami juga belum lagi tamat sebenarnya.
Rasanya memang perkara biasa untuk sesebuah syarikat besar ada pihak yang tidak berpuas hati di antara satu sama lain. Bukan senang untuk David Teo menjaga hati kesemua anak buahnya. Kenalah pandai-pandai membawa diri. Takkan semua benda nak disuapkan. At least kenalah berusaha untuk menaikkan nama sendiri. Tak gitu?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.