Latest News

Jangan Pertikai Tahap Agama Saya – Reen Rahim

Baru sahaja muncul dengan beberapa buah drama, Reen Rahim yang merupakan juara Pilih Kasih musim ke 3 sudah menimbulkan gimik yang bukan kecil natijahnya, tapi besar dosanya bagi penonton tempatan.

REEN RAHIM

Kini pelakon yang baru sahaja berusia 24 tahun ini terpaksa memikul kritikan yang berat keatas dirinya apabila lakonanya menerusi sebuah drama yang disiarkan di Astro tidak lama dahulu dikatakan mempersendakan Agama Islam. Satu tuduhan yang agak berat.
Ujar Reen yang kami temui menjelaskan yang dia sama sekali tidak menyangka lakonanya menerusi drama SAHARA akan menjadi kontroversi yang begitu hebat.

REEN RAHIM
“Reen tahu ramai yang kecam Reen di Facebook dan juga Twitter. Tapi penonton tidak tengok keseluruhan cerita tu. Apa yang dipaparkan menerusi video klip itu hanyalah babak beberapa saat sahaja sedangkan keseluruhan cerita ini ada mesejnya tersendiri ” Jelasnya dalam nada kesal
“Bagi reen apa yang berlaku dulu hanyakah salah faham dari penonton. Terkejut juga apabila menerima kecaman dari penonton berdasarkan kontroversi tersebut. Dan yang paling Reen tak boleh terima ialah apabila ada yang mempertikaikan tahap pendidikan agama Reen. Jujur Reen cakap tak ada terlintas di hati pun untuk mempersendakan agama.”
Jelasnya Reen juga,dia percaya setiap apa yang berlaku terhadap dirinya tidak lama dahulu ada hikmahnya. Katanya juga dia sentiasa berharap agar peminat tidak berterusan mempersalahkan dirinya diatas kontroversi SAHARA yang berlaku tidak lama dulu.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.