Latest News

Kalau Ada Kekasih, Saya Akan Umumkan – Shaheizy Sam


Susah menjadi seorang insan bernama Shaheizy Sam ini. Semua orang ingin tahu siapakah wanita yang bertakhta di hatinya. Namun berita baik untuk para gadis di luar sana, Shaheizy Sam masih single dan sedang mencari sang puteri untuk disuntingnya.
shaheizy sam

Berkata kepada Pancaindera semalam, Shaheizy Sam melahirkan rasa kurang senangnya kerana sering digosipkan dengan pelakon-pelakon wanita yang digandingkan dengannya. Antara yang pernah dikatakan bercinta dengannya ialah Nora Danish, Fazura dan juga Yana Samsuddin. Kata Sam:-
Secara jujurnya, saya memang masih tiada sesiapa yang istimewa ketika ini. Kalau ada memang saya akan umumkan dan saya tidak akan berahsia. Sebenarnya saya kurang senang apabila sering kali dikaitkan dengan kisah cinta lokasi seperti ini. Saya harap pelas ini perkara sebegini tidak lagi berlaku.
sa,Boleh dikatakan antara beberapa pelakon lelaki popular Malaysia, Shaheizy Sam adalah salah seorang yang ditunggu-tunggu saat untuk berkahwin oleh para peminat. Mungkin sebab itu gosip-gosip percintaan sering timbul. Semoga satu hari nanti, Shaheizy Sam akan tampil dan umumkan gadis yang berjaya mencuri hatinya. Pasti ramai yang tak sabar menanti hari tersebut.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.