Latest News

Khairul Fahmi Apek Tak Cucuk Muka, Lebih Berseri Kerana Bahagia


Abang Nara tak sangka pulak boleh timbul pelbagai persoalan kalau muka kacak, bersih dan gebu seperti penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek ini. Sampai ada gosip liar menyatakan yang Apek mencucuk mukanya untuk supaya nampak lebih berseri seperti isterinya, Leuniey Natasha. Nasib baik kekacakan Abang Nara tahap Tom Cruise je. Heheh ~~
leuniey apek

Namun Apek yang ditemui oleh wartawan portal Murai menafikan yang dia ada mencucuk mukanya. Menurut Apek, wajahnya nampak lebih berseri kerana kini bahagia di samping isterinya, Leuniey Natasha. Kata Apek:-
Setahu saya, semua sedia maklum, saya dan Leuniey berkahwin kerana faktor saling memahami bukannya faktor paras rupa. Jadi, gosip ini tidak berasas langsung. Hidup saya tidak berubah. Yang berubah hanyalah saya sudah berkahwin. Kalau nak kata saya ubah penampilan kerana Leuniey, saya rasa dari dulu lagi saya sudah berpakaian seperti ini. Mungkin orang nampak saya semakin berseri atau wajah lebih bersih di sebabkan saya sudah bahagia bersama Leuniey yang betul-betul memahami saya sebagai seorang atlet negara.
apek leunieyRomantik betul jawapan daripada Apek ini. Abang Nara akui sememangnya selepas berkahwin hidup lebih tenang, bahagia, masuk tidur lebih awal dan sekaligus menyebabkan wajah lebih berseri-seri. Sama-samalah kita doakan Apek dan Leuniey kekal bahagia sehingga ke hujung hayat.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.