Latest News

Pelakon ‘Jambu’ Juara Fear Factor Selebriti Malaysia


Berakhirnya Episod Kemuncak pada malam sabtu yang lepas menyaksikan kemenangan gandingan pasangan Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia (FFSM) musim yang pertama.

Raja Ema RAIKAN CINTA
Kemenangan pasangan ini telah melayakkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM200,000 disamping wang tunai terkumpul sebanyak RM20,000 melalui ganjaran hadiah yang dimenangi semasa sesi cabaran mingguan.
Ujar Dazrin yang kami temui di Malam Kemuncak FFSM ini berkata ” Sokongan ibu bapa merupakan pendorong utama saya sepanjang berada dalam persaingan ini. Selain itu, kerjasama yang baik dan persefahaman yang terjalin merupakan kekuatan utama saya dan rakan sepasukan. Saya juga terhutang budi dengan sokongan para peminat terutamanya daripada kelab peminat saya, Flying D’s yang tidak henti henti mendoakan Kejayaan Kami di Afrika Selatan”

Raja Ema RAIKAN CINTA
Bagi Hairul pula jelasnya “Saya menggalas tugasan yang amat berat sewaktu melangkah masuk ke program ini. Kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri dan kemenangan di minggu pertama sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepada saya. Namun, saya melihat cabaran ini dari sudut yang positif dan berusaha sehingga ke peringkat akhir. Saya juga telah membuktikan bahawa selebriti yang sering digelar ‘Jambu’ juga berupaya untuk melakukan pelbagai aktiviti ngeri”
Ternyata pasangan ini sangat teruja dengan kemenangan mereka di dalam Fear Factor Selebriti Malaysia (FFSM) yang secara langsung telah memberikan impak yang positif kepada personaliti mereka dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon serba boleh. Tahniah dari kami di Buahmulut.Com diatas kejayaan buat pasangan ini.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.