Latest News

Penyanyi Wanita Pukul Suami Sehingga Mati



Bukan calang calang kes rumahtangga kalau sampai melibatkan kematian. Laporan hari ini menyebut seorang wanita memukul suaminya sehingga mati — dan identiti wanita itu merupakan seorang penyanyi.

Sinar Harian hari ini melaporkan penyanyi wanita itu enggan membenarkan suaminya bertemu dengan anak mereka lalu memukul suami’nya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati.
Dalam kejadian tersebut, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.
Pihak polis yang menerima maklumat akan kejadian bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa yang tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek & dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan,” ujar pihak polis.
Maklumat lain menyebut penyanyi & suaminya masing masing berusia 39 tahun dan sudah tidak tinggal bersama sejak setahun yang lalu kerana dalam proses penceraian. Siapa ya?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.