Latest News

Raja Azmi Sudah Putus Cinta Dengan Pemuzik Muda


Pengakuan cinta Raja Azmi terhadap seorang pemuzik muda yang berusia 27 tahun baru-baru ini memberikan kejutan terhadap banyak pihak. Perbezaan umur yang agak tinggi tidak menghalang mereka berdua untuk jatuh cinta. Sayangnya, cinta tersebut telah pun berakhir sejak sebulan yang lalu.
raja azmi putus cinta

Percintaan dengan pemuda yang bernama Hafiz itu dianggap sebagai cinta monyet oleh Raja Azmi. Berkata kepada Utusan Malaysia, Raja Azmi tidak putus harapan untuk terus bercinta lagi.
Kami sudah berpisah sejak sebulan lalu. Kami berpisah secara baik dan saya juga tidak lagi mengunjungi pusat hiburan di mana dia (Hafiz) bekerja. Saya anggap percintaan tersebut sebagai ‘hujan lalu’, mungkin terlalu terkejut dari perceraian, saya mengambil langkah pantas untuk mencari pengganti. Namun akhirnya saya tahu hubungan ini tidak akan ke mana-mana. Saya tidak akan serik untuk mencari cinta, saya seorang wanita yang ingin dimanja, kerana selama 28 tahun berumah tangga saya sudah biasa begitu. Bagaimanapun, mungkin kali ini kriteria lelaki pilihan itu sedikit berbeza, lebih matang atau sama umur dengan saya
raja azmi
Elok benarlah Raja Azmi mahukan lelaki yang lebih kurang sama umur. Pasti cara pemikiran pun berbeza dan lebih matang kerana sudah banyak pengalaman hidup. Semoga Raja Azmi akan bertemu dengan lelaki idamannya suatu hari nanti. Jangan terburu-buru memburu cinta. Nanti tak kesampaian sekali lagi.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.