Latest News

Rita Rudaini Ada Alasan Sendiri Enggan Ikut Arahan Suami


Apa khabar anda di hari Jumaat yang indah ini? Izinkan Abang Nara berkongsi sebuah lagi cerita mengenai kemelut rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Menerusi portal Murai, Rita menerangkan yang dia ada alasan tersendiri mengapa tidak lagi mahu mengikut arahan suaminya.
rita rudaini

Walaupun ramai yang berpendapat Rita harus mengikut segala arah suaminya yang selagi mereka berdua masih bergelar suami isteri, Rita menjelaskan apa yang dilakukan adalah demi anak-anaknya. Kata Rita:-
Sekarang ini, Rita ada sebab untuk tidak ikut cakap Aidil. Kalau dia sudah tidak bertanggungjawab lagi, buat apa Rita nak tunduk dengan perintah dia. Dalam undang-undang pun ada menyebut, seorang isteri boleh tidak ikut cakap semua kalau suami itu bermasalah. Orang boleh senang-senang tuduh saya macam-macam. Saya sudah ditinggalkan dia selama setahun. Duit juga bukannya boleh jatuh ke riba dengan mudah. Saya buat sekarang demi anak-anak
rita rudainiMalah Rita juga memberitahu yang dia sangat sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi sekarang ini. Kata Rita lagi:-
Sebelum ini, Rita tidak pernah mengeluh selepas Aidil meminta Rita untuk tidak berlakon dengan pelakon tersebut. Rita hanya ikut permintaan dia sebab sebagai isteri Rita perlu turutinya. Pun begitu, sekarang ini Rita rasa sangat terkilan. Pada waktu bersama, Rita telah meletakkan perkara yang paling Rita sayang iaitu berlakon di tangga yang ketiga semata-mata kerana perkahwinan. Bagaimanapun, perkara yang Rita korbankan selama ini telah dipersiakan. Rita rasa sedih sangat dan dissapointed
ritaAbang Nara kasihan juga sebenarnya pada si Rita ini. Mesti penat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah. Nak cari duit besarkan anak-anak bukan satu perkara mudah. Semoga Rita tabah dan dimurahkan lagi rezeki demi anak-anak yang tercinta.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.