Latest News

Rozita Che Wan Faham Kemampuan Berbelanja Zain Saidin


Menarik sungguh artikel yang ditulis oleh Rudy Shamsuddin di dalam Metro Ahad semalam. Rasanya semua orang tahu yang Rozita Che Wan termasuk di dalam kategori “high maintenance” dan ini menimbulkan persoalan mampukah Zain Saidin menanggung perbelanjaan Che Ta selepas berkahwin kelak.
che ta

Rupa-rupanya Che Ta dan Zain telah pun berbincang mengenai hal ini. Menurut Zain, sikap bakal isterinya yang berbelanja besar demi status diri bukan satu masalah kerana Che Ta awal-awal telah menyatakan yang apa saja barang mewah yang dimahukan akan dibeli menggunakan duit sendiri.
che ta zain
Namun yang pastinya, Zain Saidin sekali sekala akan tetap mahu menghadiahkan barangan berjenama buat bakal isterinya apabila mereka berkahwin kelak. Baguslah macam itu. Ini dinamakan tolak ansur dan saling memahami. Bukan senang nak dapat perempuan yang mempunyai pemikiran sematang Rozita Che Wan ini.
rozita
Abang Nara turut ada terbaca ruangan Zubir di dalam BiPop minggu ini yang menyatakan berita perkahwinan antara Che Ta dan Zain ini hanya propa semata-mata dan dilakukan untuk publisiti murahan. Hmmmm. Daripada ayat-ayat yang Zubir tulis, nampak macam Zubir kecewa je Che Ta nak kahwin. Adakah Zubir selama ini ada menyimpan perasaan terhadap Che Ta? Jeng jeng jeng…

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.