Latest News

Saiful Apek Bakal Buat Laporan Polis?


Sepatutnya dari apa yang dijadualkan, penyanyi berketurunan Sunda dan Minang ini iaitu, Hetty Koes Endang di canangkan bakal mengadakan persembahan di Dewan Merdeka, PWTC pada 25 April ini. Maklumat yang kami terima juga mengatakan yang persembahan ini kini sudahpun dibatalkan.

hetty koes endang
Pembatalan ini menurut sumber kami lagi dipercayai akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak penganjur. Untuk makluman, Niqas Resources dan juga Gitu-Gitu Production Sdn. Bhd milik pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek dikatakan syarikat yang bertanggunjawab mengadakan persembahan itu nanti.
Jelas pemberi maklumat kami “Kalau kau nak tahu konsert Hetty Koes Endang yang kata nak buat tu dah batal pun. Katanya sebab utama konsert ni ‘cancel’ pasal pihak ‘Funder’ ada masalah kewangan. Disebabkan itu Saiful Apek melalui Gitu Gitu Production nak buat laporan polis kata konsert ni batal sebab hal ‘Funder’ tu. Bila Saiful Apek nak buat laporan polis tu tak tahu la pula. Tapi yang pasti Saiful Apek dah memang tak nak terlibat lagi & tarik diri dengan hal berkaitan dengan konsert Hetty Koes Endang ini. ”

hetty koes endang
“Pihak Niqas Resources juga khabarnya dah buat report polis pasal pembatalan ni. Tak pasti pula atas dasar apa Niqas pun turut sama buat report polis. Tapi diorang nak minta maaf dekat semua pihak terutamanya Hetty Koes Endang atas permasalahan ini sampai konsert yang jadualkan berlangsung terus dibatalkan.”
Menurut individu itu juga, pihak penganjur asal ada memberi tahu jika ada mana-mana pihak yang ingin mengambil alih dan meneruskan konsert ini dialu alukan tapi kenalah bermula dari ’0′ persiapanya.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.