Latest News

Siti Fazurina Nikah Kali Kedua 20 Mac Lalu


Perkahwinan pertama Siti Fazurina dan Muhammad Hykal telah didapati tidak sah kerana tidak mengikut syarat oleh pihak mahkamah menyebabkan pernikahan terpaksa dilakukan sekali lagi pada 20 Mac yang lalu. Pernikahan kali kedua ini telah diwalikan oleh adik Fazurina sendiri.
siti fazurina nikah kali kedua

Ibu kepada Fazurina, Zubaidah Abu Bakar telah memaklumkan kepada Mstar Online yang majlis pernikahan kedua telah dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung. Kata ibu Fazurina:-
Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.
fazurinaWalaupun ibu Fazurina sebenarnya masih tidak merestui pernikahan kali kedua Fazurina dengan Muhammad Hykal, namun dia terpaksa merelakannya kerana tidak mahu melihat anaknya hidup bergelumang dosa. Kata ibu Fazurina:-
Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu. Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran. Ramai mengatakan saya kejam kerana cuba menghalang perkahwinan mereka apabila mendakwa pernikahan mereka tidak sah tetapi keputusan mahkamah telah membuktikan saya tidak menipu
fazurinaUntuk makluman, pernikahan pertama Fazurina ialah pada 20 Disember yang lalu di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang yang diwalikan oleh bapa saudaranya tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarga yang lain. Info asal Mstar Online.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.