Latest News

Hans Isaac Tidak Mahu Kisah Cinta Dengan Neelofa Jadi Tumpuan

Hans Isaac dan Neelofa kelihatan mesra sekali semasa sidang media filem Lemak Kampung Santan beberapa hari lepas, namun, Hans menyatakan yang dia tidak mahu gosip cintanya diberi tumpuan. Menurutnya, gosip cinta dengan Neelofa tidak akan membantu menarik perhatian penonton ke pawagam untuk menonton filem itu.
Malah, Hans mengakui jalan cerita filem itu klise, iaitu mengenai seorang arkitek yang datang ke sebuah kampung untuk bekerja, lalu jatuh cinta dengan perempuan kampung yang pandai memasak nasi lemak. Tetapi dia ada sebab tersendiri menampilkan jalan cerita seumpama itu. Katanya ia mudah diterima oleh masyarakat penonton filem di Malaysia.

Menurut Hans lagi dia tidak mahu kehidupan peribadinya diberi fokus berlebihan, sebaliknya dia hanya mahu dikenali kerana filem-filem yang dihasilkannya setelah bersara nanti. Info asal Red Carpet. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar We Love Neelofa.







______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.