Latest News

Khas PRU 13 : Cat Farish Menyokong Kerajaan Sedia Ada


P.122 – Kawasan Parlimen Seputeh bakal menerima salah seorang pengundi yang terdiri daripada selebriti. Cat Farish ataupun nama sebenarnya FARISH ZAQUAN B. RAMLI merupakan anak kelahiran Teluk Intan, Perak. Namun sudah menukar kawasan mengundi di Parlimen Seputeh.

Cat Farish
Ahli kumpulan The Fabulous Cats ini tanpa sembunyi turut mengakui menyokong penuh kepimpinan parti pemerintah sedia ada dan berharap agar keputusan Pilihan Raya Umum 13 pada kali ini masih mengekalkan kerajaan sebelum ini sebagai parti pemerintah.
Jelasnya “Saya masih menyokong kerajaan yang sedia ada dan besar harapan saya agar kerajaan ini dikekalkan untuk tempoh 5 tahun lagi. Apa yang saya nampak selama ini ialah ada kemajuan yang dibawa kepada rakyat dan keberkesanan pentadbiran yang sangat teliti. Ini menjadi kayu pengukur kenapa saya masih berharap dan berpegang teguh terhadap pemerintah yang sedia ada”
Untuk makluman, Cat Farish merupakan salah seorang peserta Masterchef Selebriti Malaysia bagi musim ke 2 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran Astro..

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.