Latest News

Mesej Dakwah Boleh Disampaikan Melalui Dunia Seni – Aishah


Sebelum apa-apa, Abang Nara nak ucapkan tahniah buat Aishah kerana dinamakan sebagai calon di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan. Aishah merupakan calon pertama daripada golong artis Malaysia yang telah dicalonkan. Semoga berjaya di dalam kempen anda.
aishah

Yang Abang Nara suka mengenai Aishah ini ialah kesedarannya mengenai pengaruh dunia seni di dalam menyampaikan dakwah. Kata Aishah kepada Mstar Online:-
Dunia hiburan punya pengaruh yang besar dan kita dapat sampaikan mesej dakwah itu melalui dunia seni. Saya minta sokongan dan saya minta tunjuk ajar daripada semua. Sama-samalah kita bekerja untuk usaha ini (memenangi pilihan raya)
aishah
Kata Aishah lagi, jika hiburan itu dihasilkan sehingga berjaya mendekatkannya dengan Islam, ia akan menjadi sesuatu yang lebih baik. Aishah juga mahu melihat lebih ramai golongan artis memiliki ilmu agama dan menggunakan populariti yang ada untuk menyebarkannya kepada orang ramai.
aishahKepada semua pembaca BeautifulNara, jangan lupa untuk jalankan tanggungjawab anda dan mengundi pada 5 Mei 2013 ini. Undilah untuk masa depan negara yang lebih baik. Jangan buat-buat lupa pulak. Selamat mengundi.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.