Kehangatan PRU13 semakin terasa bahangnya. Sabtu yang lalu, penamaan calon telah berlangsung dengan jayanya. Tambah menarik untuk pilihanraya kali ini menyaksikan beberapa selebriti melahirkan rasa sokongan mereka secara terbuka kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Kita mempunyai pemimpin yang melakukan banyak kebaikan dan pasti banyak lagi menyusul. Saya berharap, beliau kekal sebagai Perdana Menteri dan saya meminta anda semua memberikan kepadanya mandat yang kuat. Kita memerlukan pemimpin yang mampu melakukan perubahan bijak untuk menaikkan nama negara.
Susulan kenyataan ini, Datuk Seri Michelle Yeoh telah dikecam hebat oleh pihak yang menyokong parti pembangkang. Bagi Abang Nara, kecaman sebegini sepatutnya tidak berlaku kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Sesiapa pun boleh menyatakan sokongan mereka tanpa perlu rasa takut. Apa kata anda?
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment