Latest News

Ramai Artis Telah Tertipu Dengan Taktik Artis Pro Pembangkang – Zed Zaidi


Menarik pendedahan yang dibuat oleh Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi mengenai kegiatan beberapa artis tempatan yang telah menjadi ejen bagi memujuk kalangan rakan artis untuk menyertai parti-parti pembangkang sebagai usaha meningkatkan pengaruh.
zed zaidi

Berkata kepada Utusan Malaysia, Zed Zaidi memaklumkan yang SENIMAN telah menerima aduan daripada kalangan artis sendiri yang berasa tidak senang dengan tindakan artis-artis propembangkang tersebut. Kata Zed Zaidi:-
Saya dapati ramai artis telah tertipu dan menyesal kerana terpedaya dengan taktik yang digunakan oleh artis-arti propembangkang berkenaan. Setakat ini, Seniman hanya mampu bersikap neutral dan menasihati mereka. Sasaran artis-artis propembangkang ini adalah golongan artis yang baharu memakai hijab, saudara baharu dan artis-artis yang mula mendampingi agama Islam.
zed zaidi
Zed Zaidi juga turut mendakwa yang artis-artis pro pembangkang ini menerima bayaran yang tinggi setiap kali mereka muncul di pentas ceramah pembangkang. Zed Zaidi turut mengakui yang habuan wang ringgit merupakan faktor artis-artis tersebut menyertai parti politik pembangkang dan mereka menjadi buta mata berbanding menegakkan agama Islam dan memartabatkan Melayu.
zed zaidi
Untuk anda yang tidak tahu, Zed Zaidi sememangnya merupakan salah seorang ahli UMNO dan kuat berkempen untuk Barisan Nasional sempena PRU13 ini. Bagi Abang Nara, semua orang ada hak masing-masing di negara demokrasi ini. Yang penting hari mengundi nanti, buatlah pilihan yang bijak. Jangan sembang lebat tapi daftar mengundi pun tak lagi. Tak gitu?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.