Latest News

Elfira Loy Nafi Bercinta Dengan Baim Wong, Pengakuan Baim Hanya Gimik Telefilem

Baru-baru ini agak kecoh juga dunia Internet bila pelakon popular Indonesia, Baim Wong mengakui dirinya bercinta dengan Elfira Loy melalui program MeleTOP.

Dalam program itu, Neelofa telah bertanya kepada Baim Wong tentang apa yang istimewa tentang telefilem ‘Untuk Terakhir Kali’ yang dilakonkan dengan Elfira Loy, dan dan ia dijawab dengan mudah oleh Baim–kerana Elfira.

Memang benar bercinta.
Itu ialah jawapan Baim bila ditanya oleh Neelofa dan Nabil tentang hubungannya dengan Elfira Loy, dan dia turut menunjukkan SMS dengan Elfira Loy untuk membuktikan percintaan mereka.
Hari ini melalui Utusan Malaysia, Elfira telah menerangkan mereka sebenarnya tidak bercinta, sebaliknya apa yang dilakukan oleh Baim ialah sekadar gimik untuk telefilem tersebut:-
Saya masih lagi belum berpunya. Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan digosipkan bercinta bersama.
Antaranya yang pernah dikaitkan bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman.

Walaupun ada peminat Elfira yang bersorak tentang perkhabaran ini, nampaknya terpaksa menerima hakikat yang ianya tidak berlaku. Tak apalah, mula-mula gimik. Manalah tahu kalau nanti betul terjadi pula?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.