Latest News

Gambar Itu Tiada Kena Mengena Dengan Kursus Kahwin – Nelydia Senrose

Abang Nara rasa, Nelydia Senrose dan Qi Razali ini harus mempercepatkan perkahwinan mereka. Bukan apa, peminat-peminat nampak macam tidak sabar untuk melihat mereka berdua disatukan. Siap buat andaian gambar di bawah adalah gambar mereka pergi menjalani kursus kahwin lagi.
nelydia senrose

Nampak gaya pun memang ada macam tengah berkursus kahwin kan? Sayangnya gambar tersebut diambil untuk rakaman program Akustika Ramadan Raya TV3. Kata Nelydia kepada Berita Harian:-
Memang ramai menganggap kami sudah selamat menjalani kursus perkahwinan. Sebenarnya kami sama-sama diundang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3. Demi menghormati bulan mulia itu, kami diminta tampil sopan. Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin
nelydia senrose

Untuk makluman, Nelydia baru berumur 19 tahun. Masih terlalu muda untuk mendirikan rumahtangga pada pendapat Abang Nara. Kepada para peminat pasangan kekasih ini, berilah masa kepada Nelydia terutamanya untuk membina kerjayanya terlebih dahulu. 3, 4 tahun lagi kahwinlah diorang berdua. Harap anda semua bersabar ye.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.