Latest News

Autumn Di Hatiku! Capai Setengah Juta Hits!

Drama bersiri web AUTUMN DI HATIKU yang ditayangkan menerusi portal video Tonton (www.tonton.com.my/autumndihatiku) mulai 3 Julai lalu mencatat kejayaan luar biasa dengan rekod melebihi 500,000 hits tontonan video. Drama yang diinspirasi menerusi fenomena K-Pop di Malaysia menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, Anas Ridzuan, Ezzaty Abdullah dan Aiman Hakim.

Autumn Di Hatiku
Merupakan drama web sulung terbitan portal video Tonton, kejayaan luar biasa AUTUMN DI HATIKU membuktikan penerimaan khalayak bagi drama yang disiarkan secara ‘online’ selain boleh ditonton secara GLOBAL di seluruh dunia pada bila-bila masa secara PERCUMA.

AUTUMN DI HATIKU disiarkan menerusi 28 episod harian pada setiap Isnin sehingga Sabtu jam 12 tengah hari mengisahkan tentang Nina (Hanez Suraya), yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum, atau dikenali dengan ‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya pada suatu hari telah mengubah segalanya. Nina mendapatkan bantuan Zidick (Aiman Hakim) selain rakan karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah) dan cuba memenangi hati Autumn. Kai (Anas Ridzuan) pula seringkali menganggu kehidupan dua gadis ini dan cuba menggagalkan usaha Nina. Manakala Zidick mulai menaruh hati terhadap Nina dalam diam-diam.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.