Latest News

Bagaikan ‘Sumbang Mahram’ Bercinta Dgn Zoey – Elfira Loy

Mungkin agak kasar ayat yang terpancur dari mulut pelakon remaja ini sewaktu diasak dengan pelbagai soalan berkaitan hubungan cinta yang dikatakan kini terjalin diantara dia dan juga Zoey Rahman.

Zoey - Elfira Loy
Bagai mahu melepaskan satu kepuasan yang maksima disebalik soalan yang diajukan maka terkeluarlah istilah ‘Sumbang Mahram’ bagi menjelaskan yang diantara dia dan juga Zoey memang tidak bercinta seperti mana yang dikecohkan.
Jelasnya “Entahlah, rasa macam ‘Sumbang Mahram’ pula kalau kami ni betul-betul bercinta. Baik saya mahupun Zoey kami dah anggap masing-masing macam adik beradik sendiri. Lagipun saya kenal Zoey dah lama sejak dari umur 11 tahun lagi. sebab tu kami memang rapat. Selama ini pun bila saya nak pergi mana-mana tempat memang dia yang akan bawa saya. Family pun dan percayakan dekat Zoey.”

Zoey - Elfira Loy
“Keluarga pun tak ambil peduli sangat tentang cerita macam ni sebab diorang pun tahu perkara yang sebenar. Jadi bila isu ini timbul kami hanya mampu ketawa sahaja sebab kami memang dah jangka hal macam ini akan terjadi.”
Ujar Elfira lagi cerita sebegini mungkin terjadi disebabkan beberapa keping gambar mesra mereka di Nenzing, Austria sewaktu menjalani pengambaran Drama bersiri 24 episod iaitu Demi Dia dimuat naik kelaman sosial. Lantas menimbulkan persoalan kepada peminat tegar yang prihatin.
“Kalau ada peminat yang nak perhubungan kami ini lebih daripada adik beradik saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin mereka ada alasan yang tersendiri. Tapi bagi saya Zoey tu dah saya anggap macam abang sendiri tidak lebih dari itu”

“Sebab tu masa berlakon bersama dengan dia dalam drama Demi Dia sebagai pasangan suami isteri memang agak kekok sebab saya tak ada apa-apa perasaan dekat Zoey. Tapi Alhamdullilah lama kelamaan boleh sesuaikan dengan watak sebegitu.” Tambah Elfira yang kami temui di sidang media Seindah Ramadhan TV3.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.