Latest News

Dayana Pernah Masuk Hospital Kerana Terlalu Tertekan – Bapa

Ketika dihubungi, Noor Dayana Lokman, 26, menolak untuk memberikan sebarang kenyataan tentang suaminya, Ashraf Muslim, 32, yang bernikah kali kedua dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand tanpa pengetahuannya.
Gambar asal http://www.eh.com.my
Itulah yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia semalam. Namun demikian, bapa Dayana iaitu Haji Lokman Abdul Hamid, 54, telah berjaya ditemubual untuk menceritakan tentang Dayana setelah mengetahui suaminya ingin bernikah kali kedua melalui permohonan mahkamah April lepas:
Ana (panggilan untuk Dayana) tahu di mana duduk tempatnya sebagai isteri yang perlu berada di sisi Ashraf. Walau macam mana teruk perlakuan Ashraf terhadap Ana namun dia tetap setia bersama suaminya. Ana seorang anak yang penyabar.
Kalau nak tahu Ana pernah ditahan di hospital sebab terlalu tertekan gara-gara membaca surat permohonan untuk berpoligami daripada Ashraf pada April lalu. Dia memang tak menyangka suaminya itu sanggup bertindak sebegitu.
Dan apa juga penderitaan yang dialami Ana itu sama sekali tidak pernah dikongsi bersama saya mahupun ibunya (Normah Mohamad)
Ana memang seorang yang berahsia. Tidak pernah sesekali membuka cerita perkahwinannya atau memburukkan suaminya di hadapan kami sehinggalah kejadian pada 9 Julai lalu sebaik sahaja kepulangan Ashraf dari Thailand.

Rasanya jelas yang Lokman merasa amat kecewa dengan perbuatan menantunya itu. Sangkanya setelah menipu Dayana untuk bernikah di Thailand, Ashraf akan meminta maaf dan menginsafi kesilapan yang telah dibuat.
Namun sebaliknya, lebih banyak penipuan Ashraf keluar di media, salah satunya tentang kesetiaan Ashraf sedangkan dia telah bermain kayu tiga. Beliau menambah:-
Berkahwin senyap-senyap di Bangkok adalah satu tindakan yang sangat keterlaluan dan mencalarkan maruah kami sekeluarga. Ashraf seperti memperbodoh- bodohkan kami.
Dia telah mengecewakan hati banyak pihak. Pada mulanya saya enggan membuka pekung di dada. Tapi apabila keadaan bertambah teruk, saya tak punya pilihan bersuara.

Hati bapa mana yang tidak kecewa bila melihatkan anak perempuannya berduka. Kita sebagai orang luar hanya berharap Haji Lokman dapat bersabar dan semoga satu jalan penyelesaian terbaik akan muncul untuk situasi ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.