Latest News

Kalau Fida Masih Sayangkan Saya, Saya Ok – Zalif Sidek

Berjumpa sahaja dengan Zalif Sidek, pasti tidak terlepas dari bertanyakan perihal kisahnya bersama Fida Ibrahim yang suatu ketika dulu pernah menyulam kasih diantara satu sama lain. Bagaimanapun hubungan itu seperti diketahui umum putus akibat individu misteri yang cuba menganggu gugat perhubungan yang baru hendak terjalin.

Jehan Miskin
Jelas Zalif sehingga kini dia juga tidak mengetahui siapakah individu misteri yang menghantar pesanan sms berbentuk ugutan kepada Fida agar memutuskan hubungan mereka.
“Alhamdullilah saya dan Fida kini masih boleh berkawan seperti biasa. lagipun kami baru habis shooting teleraya ‘Besan-Besanku Gangster’ dan dari situ kami mula berhubungan kembali.”
“Apa yang berlaku sebeum ini hanya salah faham, tapi kalau kata saya masih hendak mengharap Fida kembali dekat saya pun tidak juga, nanti orang ingat saya bertepuk sebelah tangan. Saya juga yang malu nanti.”
Tambah Zalif juga dia nyata terkejut apabila pihak produksi mengandingkan dirinya dengan Fida kerana tidak dimaklumkan dari awal siapa heroinya dalam drama tersebut. Mengulas tentang kemungkinan cinta mereka kembali berputk Zalif sedari hal itu masih diluar jangkauannya.

Jehan Miskin
“Cinta berputik kembali tu tak ada saya rasa, saya lebih selesa untuk berkawan pada masa ini. Lagipun tak nampak jodoh saya dengan siapa lagi.”
“Tapi kalau dia (Fida) masih sayangkan saya lagi, saya ok je. Andaikata saya memang tidak bertepuk sebelah tangan dan dialah jodoh saya maka saya akan terima”
“Saya pun tak nak lambatkan, baik kahwin terus. Tapi sekarang ni apa yang saya boleh cakap baik saya mahupun Fida sebenarnya baru hendak kenal hati budi masing-masing.”
Ujar Zalif lagi dia selesa dengan keadaanya sekarang. Sambil menganggap apa yang terjadi dapat diterima dengan hati yang terbuka.

“Ini cabaran saya sebagai seorang artis dan saya redha dengan apa yang belaku. Macam saya cakap tadi saya tak mengharap sangat dekat dia, kalau jodoh saya dengan orang lain saya akan terima. Lagipun umur saya sudah masuk 28.” Tambah Zalif
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.