Latest News

Mereka Putus Tunang Tiada Kena Mengena Dengan Saya – Ashraf Muslim

Ingat lagi artikel mengenai seorang lelaki yang mendakwa pertunangannya dengan Wan Sakinah putus kerana Ashraf Muslim? Menurut si lelaki, pertunangan mereka putus 25 hari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung. Pasti lelaki tersebut kecewa dan marah kerana pelamin angannya musnah begitu sahaja.
lelaki bekas tunang wan sakinah
Ditemui oleh wartawan Kosmo, Ashraf Muslim menafikan dirinya menjadi punca putusnya hubungan pertunangan Wan Sakinah dan lelaki itu. Kata Ashraf:-
Pembohong lelaki itu! Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya! Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. Saya sedih apabila perkara sebegini timbul. Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini. Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua. Apabila terlalu ramai yang cuba ambil ‘bahagian’ dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih.
wan sakinah
Ashraf Muslim juga sempat memohon agar orang ramai tidak masuk campur di dalam hal rumah tangganya. Kata Ashraf:-
Ini hal rumah tangga saya. Dengan rendah hati, saya harap semua pihak dapat menghormati saya dan tidak masuk campur dalam hal ini.

Nampaknya pelbagai kontroversi yang melanda Ashraf Muslim semenjak dia mengambil keputusan untuk bernikah buat kali kedua. Apa pun, marilah kita doakan agar kebahagiaan akan menjadi milik kesemua mereka yang terlibat dalam hal ini. Diharap tiada pihak yang sedih dan merana. Lebih-lebih lagi dengan Aidilfitri yang kian hampir ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.