Latest News

Nash Akui Sedang Kenal Hati Budi Seorang Gadis

Lama tidak mendengar perkembangan terbaru penyanyi yang popular dengan lagu Ada Syurga Di Wajahmu ini. Selepas kegagalan perkahwinan dengan Allahyarham Sosilawati, Nash pernah dikaitkan bercinta dengan Betty Benafe. Namun kisah itu senyap begitu sahaja dan Betty pun sudah bergelar isteri orang.
nash

Terbaru, Nash mengakui sedang mengenali hati budi seoran gadis. Menariknya, salah satu sebab Nash tertarik dengan gadis ini ialah keupayaannya menulis menggunakan tulisan jawi. Kata Nash:-
Antara sebab saya tertarik dengan dirinya adalah melalui nilai kemelayuan yang dibawa dirinya. Selain itu, dia mempunyai keunikan tersendiri untuk menulis diari hidupnya di dalam tulisan jawi, yang pada saya jarang untuk lihat itu di kalangan wanita kini
nash

Walaupun sudah mengenali si gadis selama lebih kurang setahun, Nash masih belum meluahkan kata cinta kepadanya. Semoga Nash cepat-cepat berbuat demikian, sekaligus mendirikan rumahtangga dengan wanita tersebut. Jangan lambat-lambat sangat. Kang tak pasal-pasal kena kebas dengan orang lain pulak. Hehehe.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.