Latest News

Norman Hakim Tidak Terkejut Abby Abadi Kahwini Lelaki Muda

Selaku bekas suami kepada Abby Abadi, Abang Nara yakin Norman sudah memahami perangai dan tindak tanduk bekas isterinya itu. Jadi apabila Abby mengumumkan perkahwinannya dengan lelaki berusia 24 tahun, Norman tidak terkejut langsung. Malah berita tersebut diterima dengan baik olehnya.
norman hakim
Kata Norman kepada Mstar Online:-
Sebenarnya saya dan isteri (Memey Suhaiza) pernah berjumpa dengan suami Abby sekarang sebelum mereka berkahwin dan kami seperti dapat mengagak jalinan perhubungan mereka yang nampak mesra
Tetapi Abby tak cakap apa-apa pun. Saya dan Memey hanya dengar sahaja berita ini dan tahu-tahu dia dah kahwin. Saya tidak terkejut dengan keputusannya memandangkan dia sering memberi kejutan dalam apa-apa perkara sekalipun.
Kami terima pegangannya iaitu Allah didahulukan. Sebab itu mereka berkahwin dahulu, baharulah dia selesaikan hal duniawi pula. Kami hanya doakan yang terbaik
abby abadi
Untuk anda yang tidak tahu, Abby kini berusia 36 tahun. Perbezaan usia antara Abby dan suaminya ialah 12 tahun. Norman Hakim turut sama melahirkan rasa leganya kerana Abby kini telah pun mempunyai seorang suami di sisi selepas 5 tahun hidup sendirian.
Saya berasa lega dan syukur akhirnya Abby memiliki seorang suami selepas lima tahun sendirian bersama anak-anak. Ini semua hidayah Allah. Cuma saya harap Farhan dapat membimbing anak-anak ke jalan yang lebih baik. Moga mereka dapat membesarkan lagi keluarga inigi keluarga ini

Sama-samalah kita doakan agar Abby dapat mengecapi kebahagiaan yang dicari selama ini bersama suaminya. Mana tahu tidak lama lagi Abby akan berkongsi berita gembira kehadiran orang ketiga. Siapa tahu kan? Apa pun, tahniah sekali lagi kepada Abby atas perkahwinan anda.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.