Latest News

Wan Sharmila Kini Sedang Dilamun Cinta

Lama tidak mendengar kisah terbaru mengenai Wan Sharmila. Paling terakhir Abang Nara menulis mengenai dirinya ialah apabila kontroversi mengenai pakaiannya timbul. Rupanya dalam diam, Wan Sharmila yang sudah 4 tahun menjanda ini sedang enak dilamun cinta.
wan sharmila
Untuk makluman, sebelum ini perkahwinan Wan Sharmila dengan penerbit dan pemilik syarikat produksi, Radius One, Fazli Baharom telah berakhir dengan penceraian pada 23 Oktober 2009. Kekasih baru Wan Sharmila bukanlah daripada orang seni dan kini sedang berada di London. Kata Wan Sharmila:-
Ya, memang saya kini sedang dilamun cinta dan sudah berpunya. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan berharap hubungan ini berjalan lancar. Siapa dia, tidak perlu saya perkatakan untuk ketika ini kerana saya tidak mahu terlalu terbuka dalam soal cinta dan perhubungan. Mungkin buat masa ini, masih tidak sesuai untuk memberitahu kesemuanya. Namun saya tidak menolak untuk memperkenalkannya secara umum satu masa nanti. Cukuplah saya katakan yang dia kini berada di London dan bukanlah di kalangan orang seni.
wan sharmila

Fuh ~~ Kalau dah berada di London, pasti bukan calang-calang orang. Entah-entah anak orang kenamaan. Tak kisah pun semua itu, yang penting Wan Sharmila dan kekasih barunya itu bahagia di sisi masing-masing. Semoga percintaan kali ini berakhir ke jinjang pelamin buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.