Latest News

Akhirnya Rozita Che Wan Dirisik Oleh Zain Saidin

Penantian itu satu penyeksaan. Namun apabila penantian berakhir, pastinya kegembiraan menjelma dalam diri. Jutaan tahniah diucapkan kepada Rozita Che Wan yang akhirnya dirisik oleh Zain Saidin. Majlis tertutup ini telah berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur semalam.
gambar che ta risik
Berkongsi kegembiraan ini, Che Ta telah meng”upload” sekeping gambar di akaun Instagram miliknya. Abang Nara sekali tengok pun tahu cincin nie mesti puluh ribu harganya. Besar sungguh. Untunglah Che Ta.
gambar che ta risik
Pengurus Rozita Che Wan memberitahu majlis tersebut dihadiri oleh sekitar 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Kata pengurus Che Ta kepada Mstar Online:-
Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan. Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin atas berita gembira ini. Semoga selepas ini segala majlis yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya nak tengok Che Ta dengan persalinan pengantin di atas pelamin. Mesti gorgeous sangat-sangat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.