Latest News

Berita Kematian Aaron Aziz Palsu

Bila Abang Nara membaca keratan akhbar di bawah, terus tergelak dibuatnya. Nampak sangat nak menipunya. Bukan apa, Abang Nara tahu Aaron Aziz sekarang berada di Cape Town. Jadi tak logiklah pula untuk tiba-tiba Aaron Aziz mati dalam kemalangan main ski di Switzerland. Tak masuk akal langsung.
aaron aziz
Penyebar berita palsu ini sama ada gila attention atau sememangnya suka melihat orang lain mati. Nasihat Abang Nara, janganlah buat main-main benda berkaitan nyawa ini. Kang kalau kena kat diri sendiri, baru tahu betapa sedihnya. Apa pun, isteri Aaron Aziz telah pun membuat penafian berita ini menerusi Mstar Online:-
Saya baru terbaca berita ini dan terkejut kerana ia tidak benar sama sekali kerana suami saya kini berada di Cape Town dan bukannya di Switzerland seperti yang dilaporkan. Saya sudah bercakap dengan dia dan tiada apa-apa yang berlaku, sekarang dia sedang tidur,
aaron aziz
Buat anda yang tak tahu, Aaron Aziz kini sedang mengalami sakit sendi tengkuk. Jadi kita doakanlah agar Abang Long kita ini cepat-cepat sembuh. Kepada Aaron sekeluarga, bersabarlah dengan berita seumpama ini. Biasalah bila dah popular macam-macam cerita mengarut yang akan keluar. Tak gitu?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.