Latest News

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jawab Segala Persoalan Jumaat Ini

Abang Nara pasti ramai yang sudah tidak sabar menanti jawapan yang akan diberikan oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengenai kontroversi perkahwinan mereka. Segalanya akan diterangkan di dalam sidang media yang bakal diadakan Jumaat ini. Adakah mereka sudah berkahwin? Adakah betul sudah ada anak? Memang macam-macam persoalan bermain di kepala anda kan?
aeril zafrel
Sebelum ini Aeril menyatakan ada pihak tertentu yang cuba menjatuhkan dirinya. Secara jujur, Abang Nara agak pelik dengan kenyataan tersebut. Di mata Abang Nara, Aeril bukanlah “superstar” industri hiburan Malaysia. Namun mungkin Abang Nara silap. Malah Aeril juga menafikan dia menggunakan agama untuk menunjukkan dirinya seorang yang baik. Kata Aeril:-
Saya tidak pernah menggunakan agama atau ayat suci al-Quran untuk mempertahankan diri dalam satu-satu hal. Bagaimanapun menjadi perkara normal untuk mengaitkan hal agama dalam perbualan kita. Kadang-kadang apabila berborak dengan kawan-kawan pun saya bercakap mengaitkan agama.
Perkara ini timbul kerana ia adalah satu strategi untuk menjatuhkan saya dan sekarang ini saya ada hak untuk berdiam diri. Perkara ini impaknya besar kerana ia menjatuhkan maruah saya. Tiada istilah saya mahu lari daripada semua. Kata Imam Syafie; Berkatalah apabila kamu yakin dan jika kamu ragu-ragu maka kau berdiamlah
Biarlah saya bersedia sepenuhnya untuk menjawab segala persoalan dengan tenang pada Jumaat ini
aeril

Sama-samalah kita nantikan Jumaat ini. Abang Nara berharap agar jawapan yang diberikan terang dan jelas. Tidak perlu berdolak dalik atau berselindung. Kalau dah kahwin, katalah dah kahwin. Kalau belum, katalah belum. Buat ayat yang mudah difahami oleh semua orang. Tak gitu? Apa kata anda? Info asalMstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.