Latest News

Apa Salah Jual Karipap? – Almy Nadia

Kesian Abang Nara tengok Almy Nadia dikutuk kerana kononnya cuba mencari publisiti dengan menjaja cerita dirinya menjual karipap akibat tiada tawaran lakonan. Biarlah Almy Nadia nak jual karipap ke, apam balik ke, sotong kering ke, asalkan kerja tersebut halal. Lagipun Almy menjual karipap bersama ibunya. Dapat lagi pahala tolong mak bapak.
almy nadia
Respek Abang Nara terhadap Almy Nadia semakin bertambah apabila membaca kata-katanya yang dikeluarkan menerusi Harian Metro semalam. Abang Nara nampak Almy ini seorang gadis yang jujur, cekal dan bijak. Untunglah Fizz Fairuz dapat bakal isteri sebegini. Kata Almy:-
Saya bukannya jual dadah, jadi untuk apa saya berasa malu. Saya tidak tahulah kalau ada artis lain yang malu menjadi penjual karipap tetapi bagi saya berniaga adalah sesuatu yang biasa buat kami sekeluarga kerana saya orang kampung.
Kalau dalam kenyataan sebelum ini saya ada menyebut perkataan terpaksa itu bukan bermakna saya menjalankan perniagaan ini dengan keadaan terpaksa. Saya ikhlas membantu ibu saya.
Kadang-kadang orang salah tafsir dengan kehidupan artis yang sering disangkakan mewah dan banyak duit. Walhal mereka juga manusia biasa yang ada masanya dilanda kesulitan hidup
almy nadia
Sesungguhnya menjual karipap adalah usaha yang lebih murni daripada sikap sesetengah manusia zaman sekarang yang sanggup menjual tubuh badan untuk mencari wang. Kepada Almy Nadia, anda memang hebat. Mungkin Almy selepas ini boleh lebih serius dalam bidang perniagaan. Cubalah jual produk kecantikan. Abang Nara yakin pasti laku macam pisang goreng panas.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.