Latest News

David Teo Akui Industri Filem Semakin Parah Selepas Hasilkan Filem Yg Ke 100

Sehingga artikel ini ditulis sudah 84 buah filem terbitan Metrowealth Pictures telah dihasilkan, terbaru Highland Tower bakal ke pawagam mulai 31 Oktober ini.

NING - Konsert Pelangi Untukmu
Sama ada 84 filem tersebut adalah filem berkualiti mahupun tidak hanya peminat tegar filem terbitan Metrowealth Pictures yang mampu memberi persepsi.
Bagaimanapun tegas David Teo walaupun Metrowealth Pictures berterusan menghasilkan filem sepanjang tahun ataupun lebih tepat 2 buah filem sebulan namun beliau akui 2013 adalah tahun yang paling dukacita bagi pembikin filem tempatan kerana kutipan filem pada tahun ini tidak begitu memberangsakan.
“Saya sudah berada dalam industri filem ini selama 13 tahun dan bakal menghasilkan filem yang ke 100 tidak lama lagi. Apa yang boleh saya katakan perkembangan masa kini industri filem tempatan terutamanya pada tahun ini (2013) bolehlah dikatakan diantara yang paling parah dari segi kutipan selama 13 tahun saya jadi penerbit sejak 2001 lagi.”
“Tidak kira sama ada filem itu adalah filem yang baik mahupun tidak semuanya tidak dapat mengembirakan penerbit filem tempatan. Tapi walaupun begitu kami di Metrowealth masih mampu bertahan bagi menghasilkan filem sepanjang tahun. Ini juga adalah kerana peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada kami” Jelas David Teo yang kami temui di Cathay Cineplexes E@Curve
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.