Latest News

Demi Allah Saya Tidak Pernah Ke Rumah Mana-mana Datuk – Ramona Zamzam

Apabila populariti semakin meningkat, maka makin banyaklah gosip liar yang bertaburan. Boleh dikatakan kedua-dua ini berkadar langsung. Ramona Zamzam yang semakin popular selepas membintangi drama Cinta Jannah juga tidak terkecuali. Terbaru, Ramona dikatakan sering keluar masuk rumah seorang usahawan bergelar Datuk di pinggir ibu kota.
ramona zamzam
Hati mana yang tidak sedih apabila mendengar gosip sebegini. Ramona sampai menangis seharian seharian kerana gosip sebegini menganggu emosinya. Abang Nara tak boleh kalau ada awek menangis. Rasa simpati menebal di jiwa. Malah Ramona sanggup bersumpah untuk menepis dakwaan ini. Kata Ramona:-
Demi Allah saya tidak pernah mengunjungi mana-mana rumah Datuk dan saya mengaku saya seorang kaki lepak kalau saya tiada penggambaran. Ramai yang mengetahui perangai saya dan saya pun tak pandai propa (kelentong). Saya tidak kacau orang, kalau orang tidak suka saya itu bukan masalah saya tapi jangan sampai mengaibkan saya sebegini. Saya tidak tahu daripada mana cerita ini boleh timbul dan sepanjang karier saya ini tuduhan paling melampau pernah saya terima. Saya tahu saya tidak popular tapi kenapa perlu nak jatuhkan saya?
ramona zamzam
Menariknya, Ramona Zamzam akan mencari sehingga ke lubang cacing individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Itu satu langkah yang sangat bagus. Biar individu tersebut sedar sikit perkara sebegini tidak boleh dibuat main-main.
Saya seorang wanita yang akan berjuang untuk mempertahankan hak saya dan perbetulkan tohmahan negatif yang dilemparkan. Saya akan mencari siapa individu yang menyebarkan berita fitnah itu dan saya cabar untuk kemukakan bukti di depan mata saya. Jangan sampai saya bawa kes ini menjadi kes saman-menyaman. Saya tahu saya benar dan tiada seorang pun Datuk dalam hidup saya. Jangan cabar saya kerana saya boleh berdendam dengan orang.
ramona

Bagi Abang Nara, perkara sebegini memang sering terjadi. Asal nak popular je, mesti ada yang cuba jatuhkan. Mungkin ada yang cemburu atau takut dengan kepopularitian yang bakal dikecap oleh Ramona. Diharap Ramona bersabar. Anggaplah ini asam garam dunia hiburan. Info asal Kosmo.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.