Latest News

Imej Sopan Yuna Dipuji Media Barat, Imej Seksi Dianggap Sudah ‘Biasa’

Dalam arena muzik di barat, trend sentiasa bertukar. Namun, penyanyi yang seakan ‘bogel’ bukahlah satu perkara baru di sana. Trend ini dimulakan oleh Madonna pada tahun 80′an, dan dia kekal sebagai satu-satunya penyanyi yang menampilkan imej sebegitu pada masa itu.
Kini kita di tahun 2013, dan ramai penyanyi barat yang mahu mencapai apa yang dilakukan oleh Madonna dengan menampilkan imej sepertinya. Lady GaGa misalnya memang dikenali kerana imej yang pelik dan seksi, begitu juga Rihanna yang sering mencuri perhatian dengan pakaiannya, dan imej yang ditampilkan Miley Cyrus yang ‘vulgar’ baru-baru ini juga mengejutkan banyak pihak.
Bagi blog feminis Jezebel.com, imej yang ditampilkan mereka adalah sesuatu yang biasa dilihat, sebaliknya imej yang ditampilkan oleh penyanyi berbakat besar kelahiran Malaysia iaitu Yuna ialah sesuatu yang ‘menyegarkan’. Penulis Dodai Stevens berkata dalam artikelnya yang mendapat lebih 20,000 ‘Facebook likes‘:-
Tetapi baru-baru ini saya telah memberi perhatian kepada penyanyi yang bernama Yuna. Dia memiliki suara yang indah, dan menyanyikan lagu berentak pop tentang perkara-perkara yang biasa – bertemu seorang lelaki yang ‘cute’, jatuh cinta. Semasa saya menonton video (muzik) ‘I Wanna Go’, lebih kurang seminit berlalu sebelum saya menyedari apa yang berlainan tentang Yuna: seluruh badannya bertutup. Kepalanya bertudung, dan pakaiannya bertutup dari leher hingga ke buku lali.
Dia seorang graduan muslimah jurusan undang-undang. Dan itulah yang menarik. Jangan salah faham: saya tidak percaya wanita perlu menutup keseluruhan badan. Cuma dalam lanskap muzik masa kini, melihat wanita itu menyanyi tanpa mendedahkan alur payu dara, alur pinggang atau bentuk punggung memberikan perasan segar dan baru.
Secara sarkastik, Dodai menambah tidak ada apa-apa yang mengejutkan lagi dengan selebriti Hollywood, apabila mereka sesama mereka berusaha untuk mencuri perhatian dengan membuat kemunculan demi kemunculan dengan memakai ‘thong’ atau pakaian seksi yang lain.

Sebaliknya, apa yang ‘mengejutkan’ ialah jika Miley Cyrus masuk ke universiti dan boleh memberikan pendapat berilmu menggunakan metod perbincangan yang diperkenalkan oleh ahli falsafah terkenal iaitu Socrates.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.