Latest News

Johan As’ari Mengaku Sudah Jatuh Cinta Dengan Shila Amzah?

Walaupun tidak menyebut nama artis yang berjaya memikat hatinya, Abang Nara dapat agak bahawa gadis yang berjaya membuatkan Johan As’ari angau ialah Shila Amzah. Rasa satu Malaysia sedar akan kemesraan mereka semenjak dua ini. Abang Nara suka jika mereka berdua benar-benar bercinta. Memang sama cantik sama padan.
johan as'ari dan shila
Berkata kepada Mstar Online, Johan As’ari memberitahu yang dia merasakan dirinya tidak bertepuk sebelah tangan. Kata Johan:-
Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.
Pada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri
johan
Menariknya, Johan merancang untuk melamar dan bertunang dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu tahun ini. Kalau dibuat kira-kira, hanya tinggal 2 bulan sahaja dalam 2013 ini. Tak sabar pula rasanya nak tengok majlis pertunangan Johan dan Shila. Kata Johan lagi:-
Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.
Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi, InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya
Namun Abang Nara sebenarnya agak pelik juga kerana sebelum ini Johan mengakui sudah mempunyai seorang teman istimewa yang bekerja di bahagian penyiaran. Malah dah ada perancangan nak berkahwin dengan kekasihnya itu. Mungkin cinta Johan dan gadis tersebut telah terputus. Harap-harap begitulah. Jangan main kayu tiga pulak. Kang tak pasal-pasal meletup perang dunia ketiga. Hehehe.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.