Latest News

Kalau Tak Puas Hati, Datang Jumpa Saya – Sharnaaz Ahmad

Tidak habis-habis lagi dengan kisah antara Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad ini. Hendak buat macam mana, mereka berdua pernah bercinta. Jadi jika ada cerita yang timbul daripada sebelah pihak, pasti dengan segera akan dikaitkan terhadap pihak yang satu lagi. Selagi tak ada kekasih baru, selagi itulah akan jadi macam ini kot.
sharnaaz
Kontroversi ini bermula apabila Shila Amzah menerusi laman Twitternya menulis pendapatnya mengenai filem Bencinta yang sedang ditayangkan di pawagam.
shila
Apabila ditanya pendapat mengenai hal ini, Sharnaaz Ahmad berkata kepada Sinar Harian:-
Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri.
Saya dah lama memaafkan ‘mereka’. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja.
Namun Shila Amzah menerusi tweet terbarunya memaklumkan apa yang ditulisnya sebelum ini tidak dikaitkan dengan sesiapa pun. Jadi ini bermakna ia tiada kaitan dengan Sharnaaz Ahmad.
shila

Jadi janganlah kaitkan mereka berdua lagi. Diorang pun dah bahagia dengan hidup masing-masing. Peminat pun bolehlah lupakan kisah silam mereka. Memang dah tertulis tiada jodoh antara mereka berdua. Tak perlulah kita nak masuk campur sangat. Tak gitu?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.