Latest News

Saya Akan Bertemu Dengan Keluarga Almy Nadia Dalam Masa Terdekat – Fizz Fairuz

Yeah~~~~~ Inilah baru lelaki sejati. Penuh kemachoan dan kejantanan. Sembang lebat kat media pun tak guna. Kenalah jumpa keluarga Almy Nadia kalau benar-benar hasrat di hati suci dan murni. Abang Nara pulak yang over excited apabila mengetahui Fizz Fairuz akan melahirkan hasratnya untuk berkahwin dengan Almy Nadia kepada keluarga dalam masa terdekat ini.
almy nadia
Kalau Abang Nara ada awek macam Almy Nadia, 5 tahun yang lepas dah masuk meminang dah. Hehehe. Buat apa tunggu lama-lama. Kang tak pasal-pasal kena kebas dengan lelaki lain. Namun Abang Nara agak tidak bersetuju dengan tindakan Fizz Fairuz yang memberitahu media terlebih dahulu mengenai hasratnya untuk berkahwin dengan Almy Nadia. Kata Fizz:-
Almy memang tidak mengetahui hasrat itu dan jangan salahkan dia. Namun selepas tersiar satu laporan yang menyatakan saya mahu menikahinya, kami telah duduk berbincang. Insya-Allah saya akan bertemu dengan keluarganya pula untuk menyatakan hasrat saya itu dalam masa terdekat ini.
Saya ada menyuruh dia untuk berdiam diri kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan bercanggah. Baik atau buruk biarlah saya yang tanggung dan saya tidak mahu Almy terpaksa menanggung beban atas kekecohan yang berlaku.

almySecara jujur, masa Abang Nara nak kahwin hari tue, Abang Nara bagitau kat wife dulu hasrat di hati. Tak adalah dia terkejut tiba-tiba ada rombongan datang meminang. Hehe. Tapi tak apalah, Fizz pun dah berbincang dengan Almy. Diharap cepat-cepatkanlah masuk meminang. Takut-takut ada halangan lain pulak datang menjelma. Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan buat mereka berdua. Info asalMstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.