Latest News

Saya Mohon Maaf Kepada Pihak Yang Berkecil Hati – Zain Saidin

Tak tahulah pula Abang Nara jika ada pihak yang terasa apabila tidak dijemput ke majlis merisik Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Bagi Abang Nara, tak perlulah terasa. Majlis merisik je kot. Kalau majlis tunang atau pernikahan tak dijemput, yang itu wajar terasa. Lagipun majlis merisik memang biasanya ahli keluarga sahaja yang hadir.
che ta merisik
Apa pun Abang Nara kagum dengan kerendahan hati Zain Saidin yang memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati tidak dijemput ke majlis tersebut. Kata Zain kepada Mstar Online:-
Saya memohon maaf kepada mana-mana pihak termasuklah kawan-kawan artis, rakan-rakan media atau sesiapa sahaja yang berkecil hati kerana saya tidak menjemput mereka. Saya nak jelaskan, ia hanya majlis merisik. Bukan bertunang. Hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir
Zain juga turut menjelaskan bahawa majlis merisik ini nampak meriah kerana banyak tajaan yang diterima. Cuma lokasi sahaja yang perlu dibayar olehnya. Alhamdulillah. Inilah rezeki orang nak mendirikan masjid. Kata Zain lagi:-
Saya buat majlis itu selepas dapat ‘sponser’ melainkan dewan sahaja (bayar). Saya berjanji, pada majlis bertunang dan nikah yang akan diadakan serentak pada Disember depan, saya dan Rozita akan membuat jemputan rasmi
che ta merisik
Tak sabar pula Abang Nara nak melihat majlis pertunangan dan pernikahan Zain dan Che Ta. Rasa-rasa ada ke nama Abang Nara dalam senarai jemputan. Harap-harap adalah. Nak tengok dengan mata sendiri betapa cantiknya Che Ta di hari bahagianya itu. Beberapa lagi gambar sekitar majlis merisik Zain dan Che Ta dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Annas Easkey.
che ta merisik
che ta merisik
che ta merisik
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.