Latest News

Tiada Tawaran Berlakon, Almy Nadia Jual Karipap

Respek!!! Abang Nara tabik hormat kepada Almy Nadia yang tidak segan silu untuk membantu ibunya menjual karipap di kampung halaman akibat ketiadaan tawaran lakonan. Sesetengah selebriti yang perasan super popular memang tak akan buat perkara sebegini. Kononnya menjatuhkan maruah dan reputasi mereka.
almy nadia jual karipap
Kalau Abang Nara duduk kat Pulau Pinang memang tiap-tiap hari Abang Nara akan pergi beli karipap Almy Nadia. Silap-silap siap borong satu kedai dengan Almy Nadia sekali. Hehehe. Kata Almy Nadia:-
Tawaran berlakon memang sudah lama tidak ada jadi daripada saya duduk tanpa berbuat apa-apa adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap.
Alhamdulillah karipap yang dihasilkan bersama ibu iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan. Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar.
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.
Malah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 pun saya terima kerana itu adalah rezeki saya
almy nadia
Menurut Almy, kehadiran pelakon wanita baru dan ketidakpandaian dirinya melobi kepada penerbit merupakan salah satu punca ketiadaan tawaran lakonan. Kata Almy lagi:-
Perasaan rindu hendak berlakon itu memang ada tetapi nak buat macam mana tawaran memang tiada. Hendak meminta-minta saya segan kerana saya tidak pandai melobi penerbit.
Tambahan pula pelakon wanita baharu semakin ramai dan lebih menyerlah berbanding diri saya yang tidak seberapa ini.

Abang Nara memang tak boleh dengar ayat-ayat sedih daripada si Almy Nadia ini. Terasa nak bukak satu syarikat produksi sekarang jugak dan terus ambil Almy berlakon jadi heroin. Kesian la pulak. Tapi tak apalah Almy. Insya Allah kalau ada rezeki akan ada balik tawaran berlakon. Buat waktu ini, teruskan menjual karipap. Minggu depan Abang Nara turun Pulau Pinang untuk merasa karipap Almy. Info asalMstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.